Wednesday, July 13, 2016

here i am, again. life is so unpredicted.

pernah baca tulisan atau karya penulis - penulis ulung ?
hamka, dale carnegie sebagai contoh.

bila 2 atau 3 karya-karya mereka yang kita baca, akan timbul satu persepsi yang dilahirkan oleh minda kita terhadap perilaku dan hemat peribadi si penulis.

sangat menarik. percayalah.

satu contoh mudah ;
jk rowling dengan karya harry potter nya.

cuba padankan dengan gerak geri susun atur percakapan dan tingkah laku semasa dia ditemuramah.
sangat autentik bertepatan dengan gaya penulisan beliau.

tak percaya? cubalah.

*persepsi, semestinya berlainan kan.

Monday, December 22, 2014

harta peninggalan

Kelakar sgt rasanya bila tibai baca ayat puitis posting lama. Tak tau la nak gelak ke ape ke.

Harap2 accountability pihak yg ada terbaca mmbolehkn indicator pahala aku mningkat.

Bloggers. Banyak yg aku jumpa semua fake. Entah kenapa. In life, kelompok ni Sgt brbeza dgn APA yg digambarkn. Mksud aku fake tu bukn akaun palsu tp perangai set2 yg tulis blog ni bajet yeah je.

Pehhh, harap budk2 mcmtu tak dpt up mana2 lahh.

Aku kena smbung tulis blog sbnrnya. Sbb sv suruh. Dia bgtau ada mrkah kt blog. Jadinya, ni mungkin salah satu cara utk ak gain high marks utk psm.

dah lama tak buat karangan ni jadi makin tak kreatif. otak tepu, jari jemari kaku, hidung gatal, semua simptom schizo keluar.

ak pilih utk tak jemu ak nk sembang skit pasal bola sbb ak ni kaki analisis kalau setiap kali game bola yg malaysia main rtm,tv3,astro buat live. spe yg jd org yg duduk sblh aku konpem kena layan aku jadi tactical analyst. tp jgn trkejut, sbb rata2 amazed. <---- ak harap la hahaha

Malaysia vs thailand susu aff suzuki 2014. (dulu dikenali sbgai piala tiger tp tahun 2004 da tukar nme sbb suzuki rasa dah banyak duit dah nak taja) <1st prize 200000 usd.

bila tgk line up, kau akan tau yg ni sbnrnya game form 5 lwn form 1. mana taknya. dlm bilangan, skuad msia yg brusia 30 ke atas = 7\8 org. mknaya sparuh team tu skuad fitness downgraded. compare dgn thais yg rata rata player main klyakan olimpik bwh 23 dan byk lagi kjohanan pringkat umur yg rendah dan muda.

apa yg cuba ditonjolkan kat sini sbnrnya adalah skuad yg perlu seiring dgn kekuatan thais susu ni adalah skuad olimpik malaysia 2012 tu dlu.

sbb utk rekod, mereka bjaya mngalahkan skuad thais bbrpa kali pada aksi kjohanan pringkat umr.

soalnya, dimana mereka. hahaha ak bukan nk cipta kontroversi tp jdt antara accountability yg main peranan dlm kruntuhan power mreka ini. tp bukn bmkna jdt sahaja. ak mntion jdt sbb irfan fazail,fandi othman,fadhli shas, izham termizi mrupakan watak penting yg mmbenam psukan thai yg sme pada kjohanan pringkat umr yg kininya sng2 memperkotak katikkan skuad senior malaysia.

so, its not about fixtures, tight schedule, imported players, piala malaysia competition, delay of liga super malaysia and many more. its just the matter of management that didnt do anything ,at least woo to scouting agency to promote players for much bigger challenge.

what the most intriguing part is when the age at 23/24 something come up, player will not develop any part of their playing skills. its neither players in small club nor the big and outrageous club. so this is relevant to the action taken by head coach, living legend dollah salleh, choosing more mature players to uphold this huge tasks and risks.

tp ada bbrapa facts lagi yg akan muncul brkenaan faktor usia yg mnjadi antara agenda utama kekalahan kpada thai susu tmpoh hari.

harap ada masa ak sambung la ya.
nk bgtau jgak. release stress is just about changing your hormones excretion inside your body.

mksdnya, kau stress sbb hormone, kau release stress pun sbb hormone kluar.

tiba - tiba cerita pasal stress. haha

Tuesday, February 19, 2013

TIPS OF TRIGERRING


Kaedah yang terbaik bagiku untuk memecah sentimen buang masa dan dibuai perihal malas apabila berada dalam suasana bercuti dirumah adalah dengan mengeksploitasi tempoh tersebut dengan dakapan pengisian yang molek,elok dan bermanfaat. Tidak dapat tidak, manifestasi lingkungan kronologi idea tersebut diterjemahkan dengan menjadi peniaga menjual makanan setiap pagi pada cuti tempoh hari.

HARI DEMI HARI,

Menjadi tajarrud yang tidak terbias kepada senario jumud bila percampuran terhadap segenap   lapisan masyrakat menjadi 'makanan' bagi diriku. Lantas, bervariasi watak,respons,serta fikrah yang pelbagai berkenaan implementasi enakmen kehidupan membenam laksana meteorit tepat,terus,dan terurus jelas meng'edit' lakaran asal arus pemikiranku.

Berkenalan dengan rejim golongan era pasca dewasa, pejuang-pejuang autentik yang 'permanent' terbejat dengan retorik wang dan duniawi serta cebisan bangsa yang berideologi picisan dan terperangkap terhadap liputan modenisasi yang ternoda menjadikan garis pemikiranku bercambah,tidak kemas, dan tiada berlokasi.

Nyata,hal ini yang menjadi titik tolak pertemuan hujung jariku dengan bilah-bilah ganas 'alphabet' apabila ada satu perkara yang mematerai ketat rasa ini untuk dikongsikan bersama.

Tips Baby Pintar

Ya, benar. Saban hari, setiap pagi akan menjadi hidangan pendengaran dan pengamatan diriku berkenaan tips ini. Tapi jangan melompat kepada konklusi terlalu awal, bukan butir-butir tips yang menjadi perkara pokok, tetapi asas segar yang berlegar pada setiap konotasi terhadap segenap bait-bait isi yang golongan/rejim tersebut kongsikan iaitu, rangsangan.

Ambil contoh, antara isi perkongsian yang masih menjadi 'igauan' legaran benakku adalah pada kadar sebelum 2 tahun,pertuturan dengan bayi mesti ada rangsangan seperti bercakap perlu secara 'direct'/ bertentangan mata,banyakkan melihat warna,bergurau dan bergelak ketawa serta beberapa lagi dasar/ruang lingkup yang menjadi asuhan pintar kepada si kecil.

Sirna yang hadir adalah sisi relevan yang tampil pada kali ini ialah bagaimana ketetapan rangsangan yang menjadi isu utama proses asuhan tersebut terhadap tiap kaedah yang diaplikasikan.

Nyata,

1. Rangsangan merupakan perkara induk/asas/utama terhadap pembentukan dan penjanaan kualiti fitrah manusia.

2. Rangsangan merupakan watak pemangkin (triggering factor) yang membentuk 'progress' kepada yang lebih positif dan progresif.

Kesedaran yang optimum menjadi bongkah paksi yang menembusi mindaku tatkala pada hal-hal yang seada dan selayaknya, rangsangan tidak lagi hadir pada ruang kamar kehidupanku. Tiada lagi tindak-tanduk tersebut yang menjadi faktor terhadap kelangsungan kecemerlangan kehidupanku dalam era 20-an ini.

Mana mungkin, 'progress' yang positif dapat dibentuk andai tiada jalan-jalan rangsangan yang dilalu. Mana mungkin, sikap,perilaku,jiwa, dan watak kendiri yang mulia dapat terjalin andai tiada rangsangan yang sewajarnya dibaja.

Nah, menjadi penemu kepada jawanpanku tatkala saban hari kerja-kerja menjadi kian tidak efisyen, gaya hidup menjadi pemberat/pembeban kepada yang lain serta pelbagai lagi agenda yang membawa kepada kerosakan lantaran tiadanya lokasi rangsangan yang perlu hadir dalam jiwa/ruhani tiap insan.

Jika bayi, mereka ada ibubapa,penjaga bayi tersebut untuk merangsang. Akan tetapi, jika insan yang sudah melewati era 20-an kini?

Sudah tentu sahabat,teman-teman, serta golongan yang berada di sekeliling yang menjadi pemangkin kepada batang tubuh seorang insan.
Masalahnya,
apa yang perlu dirangsang, dan siapa yang yang akan merangsang diri ini?

Tidak dapat tidak, kita akan berteman dengan ayat yang menjadi pedoman utama kepada golongan yang mengutamakan teman-temannya lebih daripadanya diri sendiri ;

Banyakkan soal memberi, kurangkan soal menerima.

Maka,
to get boost,must boost others.

insya Allah. 


minta diri dulu.insya Allah itu yang terbaik setakat ni.mohon doa kepada rohingya,palestin,aleppo,dan malaysia yang penting. assalamualaikum.  

Gambar Hiasan






Thursday, January 17, 2013

Nur Kasih VS Listen, Let Me Speak = Nur Kalbu

Tidak seperti kebiasaan. jam 8 mlm salah satu hari dalam 2008.
seusai maghrib.aku berjalan menuju ke asrama.

selesai melewati tiap bangunan yang ada,akhirnya tepat sejurus mendekati ruang bawah blok A, aku mendapati geng-geng hardcore yang ada di dalam blik tv tersebut bagai direnjat dengan haruman tontonan yang luar biasa.
paparan kisah berkiaskan hidup melayu islamik barangkali. hatiku mendetik pantas. ku tidak bisa meberi fokus yang maksimum kepada drama tersebut. tapi, yang menangkap tunas kehairanan ku adalah kadar titik fokus pada tiap-tiap temanku yang begitu tinggi dan terserlah.

maka,terliriklah kembali pola penglihatan ku kepada tv tersebut. dan tersedar lah akan diriku ceritera genre kasih sayang dan kekeluargaan ; Nur Kasih.

sengih, lopong , kaget. itu yang bisa ku asas tafsirkan. manakan tidak. puak-puak yang tadi petangnya bagai pahlawan riau laksana singa melonjak buas berlatih ragbi bersama-sama ku, dengan arus wajah ganas dan kekar, kini umpama si lipur gadis desa yang asyik melayan perasaan pabila bertentangan dengan kisah hati dan kasih dua merpati.
sungguh ekstrem pandanganku. nilai tumpuan yang tinggi, keterbalikan perasaan, dan yang penting, umpama halusinansi identiti yang merasuk terus ke teras hati yang paling dalam.

kerdipan mata sebanyak 50 Tera sekalipun belum mampu untuk meloloskan jiwa hairan yang ku hadapi.

dan ini Fenomena.

januari 2013 - galau yang sama.

adapun aku mencatu masa yang ku kira efisyen terhadap penggunaan laman sosial facebook ku, akan tetapi repondan,komentar dan kalimah 'noti' seringkali terlepas dari genggaman tumpuan. dan lebih 'ribut' ku kira, pabila jatuh bangun isu mutakhir dan manfaat, terbejat lantaran paksi-paksi sosial songsang menjadi warna utama.

log in, scroll down, loading page. Dan tiada satu pun pelosok screen ku kira yang tiada intipati yang berkisarkan agenda LLMS,(Listen,Let Me Speak).

dan GALAU itu datang lagi. iya, masih galau yang sama.

setiap friends yang ada,setiap friends of friends yang ada. maka semuanya termasuk dalam jiwa galau yang sedang berdamba di dalam hati.

page trolls, page support miss bawani,page kill puan sharifah, serta yang utama indahnya adalah balikan positif/ positive feedback yang di canang oleh sekumpulan manusia muda, yang tedidik, yang terpelajar dan yang diadun dengan rencah tamadun yang sebenar.misalnya, persatuan pelajar, persatuan mahasiswa, serta badan-badan lain yang memberi reaksi spontan yang menakjubkan.

kenapa takjub? sudah tentu. mereka mampu menilai yang mana haq dan yang mana batil.
pengiraan ku mudah, begini.

Puan Sharifah : lebih berusia ( sewajarnya mampu mengangkat hemat yang lebih mulia dan beradab, dan hanya perlu berkata secara biasa, tidak perlu menggunakan pengamatan dan perbandingan kuno. memang benar bila ada pihak yang kedepan menyatakan pandangan yang bertentangan dengan tujuan dan kemahuan asal sesuatu program, apatah lagi melebihi masa yang telah diberikan, pihak yang menganjur pula akan berasa kurang selesa. namun, perlukah kurangnya rasa selesa itu membuatkan pihak penganjur tadi pantas dan efisyen mengeluarkan respons pedas,respons berbaur emosi, serta respon yang terang - terangan akan menjatuhkan air muka pihak terbabit.

Alih bahasa = Ujar Puan Sharifah : " Semua pelajar dalam dewan ini suka dengan apa yang kerajaan lakukan kepada mereka " <---- tidak kah memalukan Miss Bawani ?

kenapa ya ? sebabnya :
singkaplah ilmu nahu, (ilmu tatabahasa) bukankah sudah di ajar mengenai subjek dan predikat?dan bila subjek ayat di sini iaitu "semua pelajar", kita dapat lihat Puan Sharifah menampakkan bahawa double meaning yang dimaksudkan, sangat sampai kepada tiap-tiap hati yang mendengarnya.

so,apa yang dimaksudkan ? tanya qorin.

except Miss Bawani, semua pelajar yang dimaksudkan tidak sefahaman dan sealiran dengan beliau.
makanya,

telah salahlah sangkaan Puan Sharifah tersebut. hanya dalam dewan sahaja yang sependapat dengan nya. hampir 50 000 menunjukkan kebersamaan atas aliran pemikiran yang sama yang memfokuskan kepada solidariti terhadap tingkah laku dan akhlak moderator tersebut dan indirectly menunjukkan kekuatan kepada yang yang batil.

dan ini, Fonemena.

jadinya, Nur Kasih versus LLMS, apa jawapan ku ?

Nur Kalbu.

Ya, hanya mereka/individu dengan cahaya hati yang benar sahaja dapat melihat sesuatu perkara itu dengan kadar yang sepatutnya. Apabila hati sudah menjadi bersih maka hati akan menyinarkan cahayanya. Cahaya hati ini dinamakan Nur Kalbu. Ia akan menerangi akal lalu akal dapat memikirkan dan merenungi tentang hal-hal kebaikan yang menguasai alam dan juga dirinya sendiri. 

Renungan akal terhadap dirinya sendiri membuatnya menyedari akan perjalanan hal-hal kebaikan yang menguasai diri dan sekitarnya.

1. dapat dilihat dan dinilai, yang mempunyai pengelasan minda yang terbaik akan memberi feedback/pulangan/respon yang terbaik. (rujuk teori Behaviouristic).justeru, pelbagai variasi respon seperti troll, kutukan, cacian dan surat terbuka, penilaian kita berkaitan isu LLMS ini terhadap mereka dapat kita nilai dari wadah tersebut, yang mana yang unggul dan berorientasi operasi minda kelas pertama akan melontarkan pendekatan yang sewajarnya. dan yang paling penting yang perlu kita ingat dan sentiasa diperingat adalah minda kelas berapa yang perlu menjadi ikutan dan seterusnya menjadi ukuran yang sejati pada masa hadapan.

2.fenomena nur kasih = kekuatan fokus, fenomena LLMS ? juga kekuatan fokus. kadar tumpuan yang dimainkan oleh kedua-kedua entiti memberi satu pengelasan yang hebat. dan seterusnya memberi pengaruh yang luas. ambil contoh, kejituan tumpuan yang dimainkan oleh teman-teman hardcore ku semasa menonton ceritera tersebut melupuskan terus sifat ganas dan kekar yang ditonjolkan sebelum ini. juga pendekatan yang sama dalam LLMS, kesepaduan tumpuan terhadap isu Miss Bawani, walaupun tidak setinggi mana tahap fokus yang diberikan, kita dapat lihat aliran isu tersebut turut sampai kepada teman-teman yang pada awalnya kurang cakna terhadap isu semasa, bingkas bangun membantah perkara yang terang lagi bersuluh sudah salah dengan keberanian yang mengkagumkan.

bila soal akhlak ni teman-teman, teringat pada riwayat masyur Imam Muslim,

'Sebesar-besar kebajikan itu adalah berakhlak dengan akhlak yang terbaik'.

Cosa nostra yang perlu diberi mandat awal. Bukan mereka, bukan yang lain-lain. Hal kita, dan kita yang perlu bersama untuk tuntun utuhkan. Soal jatuh menjatuhkan dengan cara yang salah dan negatif bukan geng kita.

Obor perjuangan intelek sudah lama dinyalakan. maka terpulang lah kepada kita untuk bersama-sama berkongsi api perjuangan tersebut untuk menyinari kehidupan kita di kemudian hari.

Moga aku dan kalian tersinar insya Allah.

Carilah hatimu di 3 tempat;
  • Temui hatimu sewaktu bangun membaca AL-QURAN.
  • Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan SOLAT.
  • Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur MENGINGATI MATI.
Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati..
- Imam al-Ghazali

dan ini, bukan Fonemena.

Syed Asyraf
Bakal Jenazah
Penuntut Ilmu UMP Pekan, Gambang  



minta diri dulu.insya Allah itu yang terbaik setakat ni.mohon doa kepada rohingya,palestin,aleppo,dan malaysia yang penting. assalamualaikum.






Tuesday, January 1, 2013

Cinta, Jiwa , Perasaan , Soal Hati dan Doktrin tahun baru 2013

Cinta, Jiwa , Perasaan , Soal Hati dan Doktrin tahun baru 2013

Kenapa bila kehidupan kita menjengah kepada tahun baru masihi, institusi-institusi pasti dan pasti akan mengambil pendekatan berkaitan dengan isu couple, isu maksiat, serta isu-isu yang melibatkan hubungan kaum lelaki dan perempuan yang bersifat dosa dan noda yang mana hari demi hari, tahun demi tahun, perkara tersebut amat menyedihkan kita.
Statistik tahunan yang dihitung oleh Jabatan Pendaftaran Negara bahawasanya kenaikan kelahiran anak luar nikah di Malaysia meningkat sebanyak 44% sepanjang 4 tahun dai 2005 hingga 2009, dan kebanyakan anak-anak luar nikah ini adalah hasil dari hubungan seks yang dilakukan pada malam-malam perayaan seperti Valentine Day, malam Merdeka, Hari Krismas dan pada malam sambutan tahun baru, tidak terkecuali remaja-remaja yang menuntut di luar negara turut menyumbang kenaikan statistik tersebut.
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.[17.32]
Orang yang tidak pernah bertaubat daripada dosa yang pernah dilakukannya akan ditimpa laknat daripada Allah dan di akhirat kelak akan mendapat hukumannya. Hanya orang yang keras hati dan mati jiwanya sahaja tidak takut akan kemurkaan Allah SWT dan tanpa mempedulikan kebenaran kewujudan hari pembalasan, mereka sanggup melakukan apa sahaja mengikut hasutan hawa nafsu sekalipun ia jelas perbuatan terkutuk dan terlarang dan sekalipun manusia sekeliling amat membenci dan mengutuknya.
Apa kamu semua sama seperti golongan pencegah tersebut? atau pun golongan yang meletakkan hati mereka yang menggagap ini sebagai kes-kes yang terpencil dan picisan? ataupun golongan yang ketiga iaitu golongan yang meraikan lantas mengagungkan budaya serta mengimplementasikan perilaku sumbang dalam diri yang hina ini.

Maka amat malang dan hinalah barangsiapa yang berada di golongan yang kedua dan ketiga.

Bila kita menjemput isu berkaitan berpasangan, kasih sayang, cinta antara sayap agung lelaki dan wanita, kita akan berkenalan yang pertama dengan tema cinta yang bersih, yang ikhlas, yang tepat, yang tulus  hanya berharap dapat bersama dengan Allah s.w.t sehingga ke akhir nya. 
Manakala, bagi tema yang kedua, kita akan dipersembahkan dengan kedudukan cinta yang kotor, yang bersalutkan dosa, berpaksikan nafsu yang jijik dan hina, yang hanya akan mengakibatkan kita jauh dari cinta Allah yang sebenar, jauh dari perkara yang dijanjikan Allah, serta jauh daripada landasan hidup orang-orang yang berjaya di sisi Allah yang maha esa.

Maka, bagaimana kita yang lemah ini, mahu dituntun oleh Allah s.w.t, terus kepada tema yang pertama, tema yang berorientasikan pengabdiaan yang hakiki,yang mutlak sebagai hamba kepada yang maha kuasa.


Daripada Ma’qil b. Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu. (Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 dan 487)
Benarlah Hadis Nabi bersabda:

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tahan diri kamu wahai teman-teman, percayalah, tidaklah sahabat-sahabat Rasulullah itu bersungguh-sungguh memanjatkan rasa cinta kepada Allah yang maha esa melainkan untuk merasai kemanisan iman seperti yang dijanjikan. Maka,tika itu, jiwa kamu hanya untuk Allah, pengorbanan kamu hanya untuk Allah, kasih sayang,perasaan serta soal hati hanya untuk Allah, tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang. 
Kuncinya? sudah tentu ada pada kamu. Tahan Diri, yang Hamzah Al-Aslamy anjurkan iaitu berpuasa. maka berpuasalah kita, agar kita menjadi diantara golongan orang yang menahan diri daripada melakukan  kemungkaran kepada Allah s.w.t. 
Ayuh sahabat, ini hanya sedikit kongsi yang ingin aku sampaikan kepadamu, betapa bila aku berselisih dengan mereka yang berdua-duaan, tidaklah hati ini tenteram melihat akhlak sahabat seislam ku. Bukan takut untuk menegur, tetapi ikatan persahabatan yang telah terbina,yang telah tersedia selama ini, tidak ingin aku musnahkan dengan teguran yang bersifat 'direct' yang mana aku takut nantinya kita akan bermasam muka serta berselisih faham. Risalah ini hanyalah untukmu sahabatku, agar method yang tiada seberapa ini, menjadi titik tolak kepada kemanisan yang Allah selama ini janjikan kepada hambanya yang berusaha mencarinya.
Tidaklah aku bersifat bangga diri untuk berada di atas kamu untuk menasihati, tetapi nukilan yang dibisikkan melalui hati ini  agar Allah titipkan kepadamu agar kita sama-sama menjengah ke syurga firdausi nanti.
Amin ya Allah.
Sesungguhnya aku sedang MENASIHATI kamu, BUKANLAH bererti akulah yg TERBAIK dalam kalangan kamu, BUKAN juga yang PALING SOLEH dalam kalangan kamu, kerana aku juga PERNAH MELAMPAUI BATAS untuk diri sendiri, Seandainya seseorang itu HANYA dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia sempurna, nescaya TIDAK akan ADA PENDAKWAH.
Hasan Al-Banna
Ya Allah,banyak sungguh dosa yang hambamu ni lakukan,pintu neraka manalah yang akan ku dihumban,sudut neraka manalah yang akan aku ini di bakar. ampunkan aku ya Allah. ampunkan.
  
 

Wednesday, November 28, 2012

Cinta Kepada Bebanan

Ya Allah Ya Tuhanku, yang merubahkanku, tetapkan hatiku. moga sentiasa dalam Agama MU. Aminn.

Dunia kita harini tak pernah lari dari bebanan/amanah/tanggungjawab. dan yang mana kita dinilai atas dunia lagi macam mana tahap/kekuatan/nilai diri kita ini apabila didepani dengan perkara tersebut. memang untuk bercakap terus macam ni memang mudah,tapi apabila kita terus ditolak, dan tatkala jatuh terperosok di bawah lembayung bebanan itu tadi, kita dapati apa yang kita fikir sebelumnya mudah. akan terasa amat susah. maka,sedarlah kita. betapa hebat golongan terdahulu dan terkemudian daripada kita yang mampu,bukan sahaja menjalankan tanggung jawab dengan baik.malah dikala kesempitan itu mampu tertawa,mampu menangis,malah mampu melahirkan idea2 yang bernas walaupun polemik berserabut di depan mata.

kenapa golongan tersebut berjaya?
sudah tentu dia ada satu kekuatan/kelebihan/anugerah yang dia ada yang kita tak ada.
apa dia?
hati.

hati mereka ini sudah tentu kuat.sudah tentu utuh.sudah tentu masak dan keras bila perkara yang dianggap membebankan bagi kita terasa ringan bagi mereka.

sebabnya?

kita lupa bahawa Allah s.w.t telah terlebih dahulu bagi tau.
jalan menuju kepada Allah,jalan menuju kepada kejayaan adalah jalan yang susah,jalan yang panjang. jalan yang penuh berliku. dan jalan ini memuntut harta serta jiwa dan raga kita. malah jalan ini sangat sedikit orang yang memilih untuk melalui. maka berunutunglah orang yang memilih untuk jalan yang sukar itu tadi.

ohh, tak perlu lah lepas ni mengadu,merintih bila ada bebanan yang besar,yang susah?

Allah sediakan kita pintu untuk bermesra,bermanja dan bercinta dengan Nya seluas-luasnya.
oleh yang demikian,mintalah,pohonlah dan cintalah Allah lebih daripada apa2 yang kita pernah cinta di dunia ini.



Ya Allah,banyak sungguh dosa yang hambamu ni lakukan,pintu neraka manalah yang akan ku dihumban,sudut neraka manalah yang akan aku ini di bakar. ampunkan aku ya Allah. ampunkan.


Tuesday, August 28, 2012

S.M SALIM

rasanya perlu ada satu momentum untuk meneruskan fasa dalam hidup,tak kiralah dari yang tak baik kepada yang baik,atau baik kepada yang lebih cemerlang.<--kata-kata pakcik-pakcik yang dah pandai nak gune ayat momentum.

entry yang tak berapa nak umphhh kalau nak dibandingkan dengan entry lagu zapin budi.ayat die terus tertepek dekat hati gue.try test ache dengar. ayat penuhnya dengan berlapis. menjaga tatasusila dgn mengangkat tinggi hormatnya si tuan yang dicanang.gue pohon moga-moga tiap2 tutur mengatur bicara gue diperkaya dgn hemah yang sebegitu.aminnn

eh,syed dah start bloging2!!!<-----ayat skeptikal cik esah 50sen
gud job,it`ll be interesting my pal!!<----bile majumia aka (entah gue lupe nama die) trserempak dengan penpal nye.


dan mungkin pelbagai lagi ayat2 yang menjurus kepada sentuhan sentimen terhadap pembentukan teratak usang berdindingkan tinta gue ini.tapi yang menjadi persoalan bukannye mengapa pelik sungguh 2 3 perenggan yang telah dibaca,tapi kenapa ini semua terjadi.mengapa tibe2 gue tekan kibod petak2 ni untuk bermadah.haruskah?pilihan yang tepatkah?gune ayat madah macam kelakah?dan akhirnya persoalan yang terungkai tatkala akhirnya mendapat tahu gue khuatir masa yg ada dibazirkan.ditambah lagi dengan pelbagai kiasan2 pujangga yang menggetarkan pundak ptualang menjadi wira Allah s.w.t. maka gue titip kan pelbagai resmi2 hidup yang boleh dimaterai kongsikan dalam teratak usang ini walau kiranya tak seindah wajah.<----cantik ayat b.m gue.tak sia2 simpan handout b.m spm lipat celah buku meski terjumpanye balik time kemas2 rumah.

maaflah macam mengarut permulaan,tak jumpa lagi tapak yang sesuai untuk berkongsi.mungkin terpengaruh dengan lagu tak seindah wajah s.m.salim.oh ya,memang gue layan s.m salim.insya Allah banyak lagu die yang gue minat.tapi majoriti bila mood estetika tu on.

minta diri dulu.simptom belum reda. insya Allah itu yang terbaik setakat ni.mohon doa kepada rohingya,palestin,aleppo,dan malaysia yang penting. assalamualaikum.